anak,
dimana engkau?
sudah tiada lagikah kasih sayang?
aku rindu untuk membelai,
rambut hitam lebat menjadi kebanggaan,
kerana aku ibu,
aku melahirkanmu,
menyusukanmu,
kerana engkau anak,
aku selalu mengenang,
engkau manja dan penuh ceria,
menjadi kegemaran kepada semua,
engkau bijak dan petah bercakap,
senyuman manis mengukir di bibir,
dimana kau sekarang anakku?
mengapa sepi tanpa berita?
aku sangat merindui,
tiada malam tiada siang,
aku mahu kau pulang,
kembalilah di sisi,
jangan biarkan aku terseksa,
hati hancur mendapat berita,
engkau pergi tanpa restu,
sanggup engkau anakku,
jiwa gelisah mengenangkan,
dimana silapnya?
kasih dan sayang kuberikan,
seperti air mengalir tiada hentinya,
bertungkus lumus membesarkanmu,
meminjam meminta jika tiada,
agar kau dapat sesuap nasi,
supaya tangisan kelaparan berhenti,
dikeji dihina, kerana selalu meminta,
aku terima, aku lakukan jua,
demi kau anakku, aku rela,
aku berdoa setiap hari,
agar ketemukan aku bersama kau,
semoga kita dapat kembalikan,
keriangan zaman silam,
berilah aku peluang itu,
sebelum aku pergi menghadapnya,
izinkan aku membelaimu,
kerana aku merinduimu,
dan kerana aku ibumu...
Friday, May 23, 2003
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment