Betapa aku merindui kita
Dahulu selalu sahaja berbicara
Kini sepi menjadi teman
Hati cuba merasa aman
Pernah menghiasi taman hati
Kini mungkin telah mati
Adakah itu hanya anggapan
Rupanya sayang tiada bersempadan
Inginku luahkan kata hatiku
Lidah terkunci terus membisu
Mungkinkah dikau sudah terlupa
Sejarah silam tentang kita
Aku ketawa menangis bersamamu
Walaupun tidak pernah ketemu
Kini engkau tinggal menyepi
Aku terus jalan sendiri
Hati masih terasa sayang
Biarkan sahaja ia melayang
Aku kan tetap merasa
Cinta fantasi kita bersama
Kerana kau lembut menyentuh
Cinta padamu maka teguh
No comments:
Post a Comment